Wednesday, June 25, 2008

Resepi di cuba-cuba

Aku nak berkongsi resipi dengan korang semua. Resepi sedar tak sedar aku masak sendiri semasa ketiadaan keluarga aku semasa dorang balik kampung. Bila dah siap aku rasa boleh tahan juga masakan aku.hehe ;pp Aku masak ayam masak black pepper sebab aku ternampak black pepper yang baru dibeli dari Sarawak ;) Harap resipi ini dapat membantu korang yang cuba hendak belajar memasak atau tengah kebosanan.heeee

Bahan-bahan:

-suku bahagian ayam (4-5 ketul)
-garam
-minyak masak
-air

Bahan giling:

-1/2 inci kunyit dan halia
-1 sudu besar lada hitam
-1 ulas bawang merah (atau 1/2 bawang besar)
-3 ulas bawang putih

Cara:
Bersihkan dan toskan. Panaskan 2 sudu besar minyak masak. Tumiskan bahan giling sehingga garing kemudian masukkan sedikit air. Tambahkan sedikit garam dan kacau rata sebelum masukkan ayam. Biarkan mereneh sehingga ayam empuk.

Cadangan Hidangan:
Taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup.

Tambahan:
Bagi penggemar masakan pedas boleh campurkan sedikit cili padi dan menambah sukatan lada hitam.

Selamat mencuba! :)

5 comments:

wah..pandai lg aidil ni masak ye..mengalahkan akak yg dah kawin ni..pasni boleh ajr akak n kak mala plak ehh..!!!

tgk kaki la.. silap2 aku yg ajar aidil. wakakaka..!!!

amboi..kak mala nk market jgk.
padahal tade sumbangan pape pun
hik3..ok sy ajar akak memasak ajar ajar sy mcm mane nk kawen.ok tak?
mcm tu plak kn.mwahaha

wah cm sedap gak...
sy suke cr resipi2 ni...

http://www.uniqueofislam.blogspot.com/
we share everything

wakakaka...
Nak kawen pon nak kena ajar?? Tak lelaki la cam ni..

Nak sumbangan ker? Bole jer...