Monday, January 7, 2008

Apa jadi wanita Malaysia?

Mashitah: Kaji kenapa ramai lelaki Malaysia kahwini wanita Indonesia

JAKARTA 6 Jan. – Kajian perlu dijalankan bagi mencari punca kenapa ramai lelaki Malaysia memilih calon isteri dari Indonesia.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, kajian itu perlu kerana bilangan lelaki Malaysia yang memilih wanita Indonesia sebagai isteri semakin meningkat.

“Apakah kerana wanita Indonesia memiliki keistimewaan seperti kelembutan dan budi bahasa tinggi daripada wanita kita, ini perlu dikaji,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Serantau Pemantapan Teknologi Logam Bernilai di sebuah hotel di sini hari ini.

Berdasarkan rekod Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, antara lima hingga 10 pasangan dari kedua-dua negara mendaftar setiap hari untuk bernikah.

Ini tidak termasuk mereka yang mendaftarkan perkahwinan di Konsul Malaysia di Medan dan melangsungkan perkahwinan secara rahsia.

Menurut Mashitah, perkahwinan antara rakyat kedua-dua negara yang semakin meningkat boleh mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Indonesia yang mempunyai persamaan dari segi agama, bahasa dan budaya.

‘‘Namun, lelaki Malaysia yang berkahwin dengan wanita asing yang masuk secara haram ke Malaysia akan menghadapi masalah jika berlaku perceraian dan pertikaian hak penjagaan anak,’’ katanya.

Mashitah percaya hantaran tinggi yang dikenakan oleh wanita bukanlah faktor lelaki Malaysia memilih wanita dari negara jiran untuk dijadikan pasangan hidup.

*apa pilihan anda?nk kawen wanita malay or indo?atau mat saleh?atau negro.susa2 kawen je sume.kita lelaki ade 4 slot.bahahaha..

comments

2 comments:

berita utusan arini;
-wanita indo menawan,menggoda
-lelaki malaysia lbh penyayang

*heh.abes la kau awek-awek hot.kau jual mhl lg tade sape la nk.
klw ade pun ntah2 nk enjoy je ngn korg.haha

wanita indon bwt guna2..hoho..
nak kawen 4 eh??melampau gle~..
time nak kawen,ikut sunah nabi..bab2 lain tolak tepi..huhu..