Monday, January 7, 2008

saingan musim 2007/2008

Hampir setiap musim, persaingan merebut mahkota Liga Perdana England tertumpu kepada empat pasukan. Manchester United, Chelsea, Liverpool dan Arsenal. Musim 2007-2008 tidak terkecuali.Manchester United berusaha mempertahankan kejuaraan tetapi akan di halang oleh seteru utama iaitu Chelsea yang akan merampas semula gelaran.Arsenal tanpa di sangka-sangka mempunyai barisan muda yang mantap untuk memberi saingan.Di gelar pasukan yang kurang konsisten liverpool boleh menjadi batu penghalang ketiga-tiga pasukan ini.Mereka begitu ghairah memburu kejuaraan liga, malah berazam menambah koleksi piala yang lain sebanyak mungkin.Pintu perpindahan pemain telah bermula pada januari ini.Pastinya amat menarik melihat kelibat pemain-pemain baru.

Tetapi apa juga kesudahannya, salah satu daripada empat pasukan ini bakal menjadi juaranya.Yang pasti bukan Tottenham Hotspur.Mari kita tengok sama-sama kesudahan di akhir saingan dan memberi sokongan kepada kelab yang di minati.

Berikut adalah pemindahan pemain bagi tahun 2007;

1. Manchester United:

Pengurus pasukan: Sir Alex Ferguson.

Pencapaian: Juara Liga Perdana England, layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, naib johan Piala FA England, pusingan keempat Piala Liga.

Muka-baru: Owen Hargreaves (Bayern Munich), Nani (Sporting Lisbon), Anderson (Porto).

Keluar daripada pasukan: Kieran Richardson (Sunderland), Giuseppe Rossi (Villarreal)

2. CHELSEA

Pengurus pasukan: Jose Mourinho/Avram Grant

Pencapaian: Tempat kedua Liga Perdana England, separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, johan Piala FA England, johan Piala Liga.

Muka-baru: Florent Malouda (Lyon), Steve Sidwell (Reading), Claudio Pizarro (Bayern Munich), Tal Ben Haim (Bolton).

Keluar daripada pasukan: Geremi (Newcastle), Nuno Morais (Apoel Nicosia), Yves Ma Kalambay (Hibernian), Khalid Boulahrouz (Sevilla);

3. LIVERPOOL

Pengurus pasukan: Rafael Benitez

Pencapaian: Tempat ketiga Liga Perdana England, naib johan Liga Juara-Juara Eropah, pusingan ketiga Piala FA England, suku akhir Piala Liga.

Muka-baru: Fernando Torres (Atletico Madrid), Ryan Babel (Ajax), Lucas Leiva (Gremio), Yossi Benayoun (West Ham), David Amoo (Millwall), Andriy Voronin (Bayer Leverkusen), Ryan Crowther (Stockport).

Keluar daripada pasukan: Craig Bellamy (West Ham), Djibril Cisse (Marseille), Mark Gonzalez (Real Betis), Luis Garcia (Atletico Madrid), Boudewijn Zenden (Marseille), Jerzy Dudek (Real Madrid), Robbie Fowler (Cardiff), Adam Hammill (Southampton), Godwin Antwi (Hartlepool).

4. ARSENAL

Pengurus pasukan: Arsene Wenger.

Pencapaian: Tempat keempat Liga Perdana England, 16 tempat terakhir Liga Juara-Juara Eropah, pusingan kelima Piala FA England, naib johan Piala Liga.

Muka-baru: Eduardo Da Silva (Dinamo Zagreb), Bacary Sagna (Auxerre), Havard Nordtveit (Haugesund), Lukasz Fabianski (Legia Warsaw)

Keluar daripada pasukan: Thierry Henry (Barcelona), Jose Reyes (Atletico Madrid), Freddie Ljungberg (West Ham), Jeremie Aliadiere (Middlesbrough), Arturo Lupoli (Fiorentina), Mart Poom (Watford).

4 comments:

SAYA SUKE LIVERPOOL!!!
YOU'LL NEVER WALK ALONE..

;)

aaku sokong liverpool!!
go reds!!!!

aku pun sokong liverpool!!
go the reds!!

wah ape fans liverpool je ni.aku chelsea!blues rulez.ade ssape chelsea??hoho