Tuesday, January 8, 2008

Apabila remaja ‘lepak’ di gedung buku

MENGHABISKAN masa berjam-jam lamanya di sebuah kedai buku bukan lagi perkara luar biasa bagi sesetengah individu di ibu kota, terutama golongan remaja.

Bagi yang dahagakan bahan bacaan terkini dan memenuhi cita rasa, setiap kali pembukaan gedung buku di pusat membeli-belah seolah-olah mencetuskan fenomena baru kepada golongan ini.

Selain pelbagai jenis bahan bacaan disajikan kepada mereka, susun atur dan hiasan dalaman yang mesra pelanggan seolah-olah menarik minat mereka untuk terus membelek helaian demi helaian majalah atau buku tanpa disedari sudah seharian mereka berada di sana.

Jika selama ini golongan remaja lebih tertarik untuk mengetahui mengenai fesyen terbaru, baik pakaian, kasut, beg, gaya rambut dan model telefon bimbit, kini keinginan mereka lebih kepada apakah majalah atau buku terhangat di pasaran.

Inilah kepuasan berbeza diperoleh `si ulat buku’ setiap kali mereka berkunjung ke gedung-gedung buku di pusat membeli-belah di ibu kota, berbanding jika mereka berada di perpustakaan.

Berbeza sebelum ini, apabila kunjungan mereka ke pusat membeli-belah sering dikaitkan dengan aktiviti tidak sihat seperti lepak dan gelaja sosial lain, kini ada antara mereka benar-benar memanfaatkan masa yang terluang.

Pembukaan Borders, salah sebuah kedai buku terkemuka di Malaysia cukup dinantikan bukan sahaja kepada golongan ini, tetapi juga mereka yang menantikan pelbagai jenis muzik dan filem terbaru di pasaran.

Ini kerana di gedung buku yang buat pertama kalinya dibuka di Berjaya Times Square itu pada tahun 2005, menawarkan persekitaran berbeza dengan kedai-kedai buku lain.

Selain menyediakan persekitaran selesa dan mesra pelanggan dengan kerusi lounge, pelanggan juga boleh bersantai sambil menikmati secawan kopi kegemaran di kafe Starbuck yang terletak di ruang sama.

Suasana seumpamanya juga dapat dilihat ketika penulis mengunjungi kedai buku Borders keempat yang baru dibuka di The Gardens, MidValley City, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dari situ juga dapat dilihat, trend membaca di kalangan rakyat negara ini sebenarnya semakin baik.

Kesibukan serta kekurangan bahan bacaan bukan lagi penghalang dalam usaha menyuburkan minat membaca terutama golongan muda kerana mereka boleh memperoleh bahan bacaan dalam satu bumbung seperti yang ditawarkan Borders.

Seiring dengan matlamat menjadikan buku satu produk gaya hidup di kalangan rakyat Malaysia, Borders berjaya mencipta persekitaran berbeza yang serba santai dan menarik untuk menggalakkan masyarakat membaca.

Selain daripada himpunan buku bahasa Cina Mentor yang Unggul, koleksi Hallmark dan novel berbahasa Inggeris menjadi tarikan di kedai yang keluasan 2,044 meter persegi ini yang turut menawarkan koleksi buku khusus daripada rakan kongsi terbarunya iaitu Basheer Graphic Books.

Fakta menarik borders Malaysia;

Mengenai Borders Malaysia (Berjaya Book Sdn. Bhd.)

Borders Malaysia, gedung francais pertama di dunia dibuka secara rasmi oleh Allahyarham, Datin Seri Endon Mahmood di Berjaya Times Square.

Meliputi kawasan seluas 5,574 meter persegi, ia merupakan gedung Borders terbesar di dunia yang menawarkan 200,000 jenis buku.

Ini diikuti pembukaan gedung kedua di The Curve, Mutiara Damansara pada Disember 2005 yang berkeluasan kira-kira 2,323 meter persegi.

Sementara pada tahun 2006, cawangan ketiga dibuka di Queensbay Mall, Pulau Pinang yang luasnya kira-kira 2,044 meter persegi.

Kini Borders mempunyai empat rangkaian kedai di Malaysia, termasuk di The Gardens, MidValley City yang baru sahaja dibuka pada 6 Disember lalu.

Mengenai kedai buku Borders

Borders berpangkalan di Ann Arbor, Michigan, Amerika Syarikat. Di negara itu ia mempunyai lebih 500 cawangan, rangkaian kedua terbesar selepas gedung buku Barnes & Noble. Ia mempunyai 35,000 pekerja serta mencatatkan perolehan berjumlah RM12.8 bilion (AS$3.9 bilion) pada 2004.



INTERIOR VIEW OF BORDERS OUTLET AT BERJAYA TIMES SQUARE KL

Berjaya Books Sdn Bhd,
a wholly-owned subsidiary of Berjaya Corporation Berhad operates Borders Bookstores in Malaysia through a franchise arrangement with Borders International Services Inc., a subsidiary of Borders Group Inc. Borders is a leading global retailer of books, music and movies operating more than 1,200 Borders’ and Waldenbooks’ stores around the world.

The first Borders bookstore in Malaysia was officially opened to the public on 19 April 2005 at Berjaya Times Square KL. Borders' bookstore in TS is not only the largest bookstore in Malaysia, it is also the largest Borders bookstore in the world occupying 60,000 square feet and carries a selection of over 200,000 title, predominantly in English with a good mix of Chinese and Malay titles and a vast selection of music and movie titles.

The second Borders bookstore was opened at the Curve, Mutiara Damansara on 1 December 2005. The 25,000 sq. ft. store also carries a selection of over 200,000 books, music and movie titles.

Borders Malaysia is positioned as a one-stop destination where book lovers and shoppers can explore, discover and enjoy a broad selection of books, music and movies in a comfortable and cozy environment. Borders Malaysia aims to be a quality bookstores chain in the country and plans to take the book industry to greater heights.

comments

9 comments:

erm,,napa aku bleh tak tau mende ni ada kat mid valley?
napa aku tau ada mph jerk?
ke diorang ni mph? tak sama kah?
aku salu gak lepak mid valley,,
maybe sbb besar sgt kot~

wahai deennasour.mph kt mid.tp borders ni kt times square la.haha.aiyark~

cey,ko ak yg tulis ada kat mid...
tapi aku tak penah jumpa pun,,
kecik sgt ker?
aku baru je smlm pg mid,,tak jumpa pun dowh,,
tingkat berapa?

aku bkn ckp ade kt sne.aku ckp ajak aku.ayoyoyo

bengong lah~
kat blog aku ckp le sal blog aku,,
blog ko ckp sal blog ko,,
so aku ckp sal blog ko ni,,
aku terbaca kat atas tu,,
dia ada bukak kat midvalley yg gedung buku ni,,
midvallley megamall tu ker?
atau midvalley lain,,??

ada ker?
tingkat berapa kat mid valley?
ko ni ku tanya pon nak marah~

ble masa plak aku mara.haha
ntah klw kt mid aku tapena g.
klw kt times tu ade le.
jom la carik.ngeeee!